Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Isu Artis Dicap Sombong, Aisha Retno Seru Netizen Lihat Dari Sudut Lebih Adil - “Kita Sama-Sama Manusia, Kena Saling Hormat..”

Foto: Instagram

Penyanyi, Aisha Retno meminta orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum artis yang dikatakan bersikap sombong di media sosial, sebaliknya melihat keadaan itu secara lebih menyeluruh.

Advertisement

Menurutnya, dunia seni mempunyai cabaran tersendiri dan tidak semua situasi membolehkan seseorang artis untuk memberi layanan atau respon seperti yang diharapkan peminat.

Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam itu bagaimanapun menjelaskan bahawa kritikan daripada orang ramai boleh diterima sebagai peringatan, namun perlu juga difahami bahawa artis juga manusia biasa yang mempunyai hari-hari tertentu yang tidak menentu dari segi tenaga dan emosi.

“Kadang-kadang kami pun ada masa yang terlalu letih atau memang tengah fokus kerja sampai tak sempat nak berinteraksi dengan semua orang,” jelasnya ketika ditemui media.

Dia turut menegaskan bahawa cara teguran juga memainkan peranan penting supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.

“Kalau nak tegur, tegurlah dengan cara yang elok. Kita sama-sama manusia, jadi kena saling hormat,” katanya.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Tidak Adil itu tidak menafikan hak orang ramai untuk menyuarakan pandangan di platform terbuka seperti Threads, namun ia harus digunakan secara berhemah.

“Setiap orang bebas nak beri pendapat di media sosial, cuma biarlah berasas dan tidak melampau,” tambahnya.

Sebelum ini, isu mengenai sikap segelintir artis yang didakwa sombong kembali menjadi bualan apabila netizen meluahkan pengalaman mereka serta menyenaraikan beberapa nama selebriti yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut.

Sumber: Gempak

ERA Muzik Hit Terkini