
Foto: Instagram
Pelakon, Mimi Lana tampil memberi penjelasan selepas kapsyen “Mom & Dad” yang dimuat naiknya di Threads menimbulkan spekulasi kononnya beliau sedang hamil.
Advertisement
Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkata, penggunaan kapsyen itu tidak membawa sebarang maksud tersirat, sebaliknya hanya sekadar mengikuti trend di media sosial.
“Tak adalah hamil. Itu kan trend sekarang, kalau pasangan muat naik gambar biasanya tulis ‘Mom and Dad’,” jelasnya.
Dalam masa sama, beliau mendedahkan suaminya yang juga pelakon Syafiq Kyle sempat menegur awal mengenai kemungkinan kapsyen tersebut disalah tafsir oleh netizen.
“Waktu saya tulis itu, Syafiq dah cakap, kalau tulis macam tu orang mesti ingat ada berita lain (hamil),” katanya.
Bagaimanapun, Mimi menegaskan dia tidak berniat untuk mencetuskan sebarang andaian dan hanya berkongsi seperti biasa di media sosial.
“Tapi saya fikir tak ada apa-apa, jadi saya muat naik saja. Memang sebenarnya tak ada apa pun,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia tidak menolak untuk berkongsi khabar gembira sekiranya dikurniakan rezeki anak pada masa akan datang.
“Kalau sampai masa, saya pasti akan kongsikan juga sebab memang tak boleh nak sembunyikan,” katanya.
Dalam pada itu, Mimi turut berterima kasih atas doa dan sokongan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik buat dirinya dan suami.
“Alhamdulillah, saya gembira bila ramai yang mendoakan. Selagi orang doakan, itu pun rezeki untuk kita,” katanya.
Sekadar info, Mimi Lana dan Syafiq Kyle telah mendirikan rumah tangga pada 14 Februari tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sumber: Gempak