
Foto: Instagram
Pasangan selebriti Korea Selatan, Park Shin-hye dan Choi Tae-joon, bakal menyambut kehadiran cahaya mata kedua mereka dalam masa terdekat.
Advertisement
Berita gembira itu dikongsikan pada 14 April apabila agensi Shin-Hye, Salt Entertainment mengesahkan pelakon drama Pinocchio tersebut kini sedang hamil.
Difahamkan, bayi berkenaan dijangka dilahirkan sekitar musim luruh di Korea Selatan, antara bulan September hingga November.
Dalam kenyataan sama, agensi memaklumkan bahawa Park kini memberi keutamaan kepada kesihatan diri serta kandungan sepanjang tempoh kehamilan ini.
Untuk rekod, hubungan cinta Shin-Hye dan Tae-Joon mula terjalin sejak 2017 sebelum mereka sah bergelar suami isteri pada 2022 menerusi majlis perkahwinan tertutup. Tidak lama selepas itu, pasangan ini dikurniakan anak pertama, seorang lelaki.
Walaupun bakal menimang cahaya mata lagi, kedua-dua pelakon ini masih aktif dalam industri hiburan. Shin-Hye sebelum ini meraih perhatian menerusi lakonannya dalam The Judge From Hell dan Undercover Miss Hong, selain bergandingan dengan Yuna daripada kumpulan ITZY.
Sementara itu, Choi Tae-Joon pula dikenali menerusi beberapa drama popular seperti So I Married The Anti-Fan dan Iron Family.
Sumber: CNA Lifestyle