
Foto: The Korea Herald
Kumpulan k-pop lagenda, Big Bang akhirnya kembali menghangatkan pentas antarabangsa apabila membuat penampilan yang dinanti-nantikan di Coachella Valley Music and Arts Festival di California, sekali gus mencuri perhatian peminat seluruh dunia.
Advertisement
Kemunculan mereka di festival itu lebih bermakna kerana ia menandakan kemunculan pertama selepas persembahan yang dirancang pada 2020 dibatalkan akibat pandemik COVID-19, selain berlangsung ketika kumpulan ini menghampiri ulang tahun ke-20 penubuhan.
“It took us a long time to get here.
" B to the I to the G to the Bang is back,” kata G-Dragon.
Persembahan tersebut juga merupakan penampilan penuh pertama Big Bang sejak konsert “Last Dance” pada 2017. Walaupun setiap ahli aktif dengan projek solo masing-masing, kemunculan di Coachella dilihat sebagai tanda kebangkitan semula aktiviti kumpulan secara menyeluruh, termasuk kemungkinan berlakunya jelajah dunia.
Mereka membuka persembahan dengan penuh tenaga apabila Daesung memulakan “Bang Bang Bang”, sebelum disusuli G-Dragon dan Taeyang dengan rangkaian lagu popular seperti “Fantastic Baby” dan “Sober”.

Foto: The Korea Herald
Suasana festival bertukar meriah apabila penonton menyambut mereka dengan sorakan serta light stick berbentuk mahkota, sambil menyanyi bersama lagu-lagu dalam bahasa Korea yang memperlihatkan pengaruh besar Big Bang dalam industri K-pop secara global.
Seterusnya, mereka mempersembahkan gabungan lagu lama dan emosi seperti “A Fool of Tears”, “Lies”, “Haru Haru” dan “Loser” yang membawa penonton mengimbau perjalanan awal kumpulan tersebut.

Foto: The Korea Herald
Setiap ahli turut tampil dengan segmen solo dimana Taeyang membawakan “Ringa Linga”, manakala G-Dragon muncul dengan “Power” daripada album solonya. Kedua-duanya kemudian bergabung semula untuk “Good Boy” yang menerima sorakan paling kuat malam itu.
Daesung pula menarik perhatian apabila membawakan lagu trot “Hando Chogua” dan “Look At Me, Gwisun” yang memberikan kelainan berbanding persembahan K-pop biasa di pentas Coachella.

Foto: The Korea Herald
Menjelang akhir persembahan, Big Bang kembali menghiburkan penonton dengan lagu popular seperti “Home Sweet Home”, “Bad Boy” dan “We Like 2 Party” yang mengubah venue menjadi lautan nyanyian bersama.
“This stage means a lot to us.
“We’ve spent half our lives together and we’re grateful to share our music and passion with all of you,” kata Taeyang.

Foto: The Korea Herald
Persembahan ditutup dengan “Still Life”, lagu terbaru mereka yang turut memuatkan suara rakaman bekas ahli T.O.P, sekali gus memberikan sentuhan nostalgia walaupun beliau tidak hadir di pentas.
“This is just the beginning of our 20th anniversary. We’ve got big things coming,” kata G-Dragon.
Secara keseluruhan, kemunculan Big Bang di Coachella dilihat bukan sekadar mengimbau nostalgia, tetapi juga sebagai petanda fasa baharu yang lebih besar buat kumpulan legenda itu, dengan persembahan kedua dijadualkan pada 19 April di Outdoor Theatre.
Sumber: The Korea Herald