Skip to main content

Advertisement

Technology & Innovation

Gaya Santai Radin Kendali Podcast Bersama Bella Astillah Dipuji Pendengar - “Boleh Dengar Sampai Habis Tanpa Sakit Kepala…”

Foto: Tangkap layar YouTube

Seorang perunding warna, Sufi Syazwani berkongsi rasa teruja selepas mengikuti Podcast Era yang dihoskan oleh Radin dengan kehadiran Bella Astillah sebagai tetamu.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, beliau memuji cara Radin mengendalikan sesi temu bual yang disifatkan tenang dan tidak memeningkan untuk didengar.

“Podcast Era yang Radin jadi Host ni i rasa antara Podcast yang i boleh dengar sampai habis tanpa sakit kepala,” tulisnya

Menurutnya, pendekatan Radin yang memberi ruang kepada Bella untuk bercakap tanpa banyak gangguan membuatkan perbualan lebih lancar dan selesa diikuti.

“I suka cara Radin jadi host, dia tanya dan biar je Bella jawab. Kalau meyampuk pun sesuai timing tanpa potong2 ayat Bella. Memang selesa di dengar,” jelasnya lagi.

 

 

Bagaimanapun, individu itu turut menyatakan keterujaan untuk menantikan episod seterusnya kerana gaya penyampaian tersebut.

“Memang sedap dengar… tak sabar nak tunggu episod berikutnya,” tambahnya.

Dalam pada itu, Radin turut membalas komen tersebut dengan ucapan penghargaan kepada penonton.

“Terima kasih semua yang support Podcast with Bella. Next episode kena tanya admin,” balasnya ringkas.

Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis penuh sambutan yang diraikan, dihadiri sahabat baik dan keluarga terdekat pada 28 Mac lalu.

Sumber: Threads @sufisyazwani

ERA Muzik Hit Terkini