Foto: Instagram
Muzik video terbaharu TWICE berjudul Me + You mencuri perhatian peminat tempatan selepas didakwa memaparkan duit syiling 10 sen Malaysia.
Advertisement
Detik ringkas tetapi bermakna itu pantas menjadi bualan ONCE Malaysia yang teruja melihat simbol kecil negara muncul dalam video kumpulan K-pop terkenal berkenaan.
Ramai berpendapat kemunculan syiling berwarna perak dengan rekaan seakan-akan 10 sen Malaysia itu bukan kebetulan, sebaliknya mungkin dijadikan elemen prop untuk mencipta suasana unik dalam visual muzik video tersebut.
MALAYSIA 10 SEN IN TWICE MV????????? pic.twitter.com/essqG9GDWL
— LER meeting TWICE in KL (@baebeejeong) October 11, 2025
“Bangga weh! Tak sangka duit syiling negara kita boleh muncul dalam MV TWICE,” tulis seorang pengguna X yang turut memuat naik tangkap layar babak berkenaan.
TWICE baru-baru ini melancarkan Me + You sebagai sebahagian daripada promosi album terbaharu mereka, dan muzik video itu sudah pun mencatat jutaan tontonan di YouTube hanya dalam tempoh beberapa jam selepas dimuat naik.
Walaupun belum ada pengesahan rasmi sama ada syiling itu benar-benar 10 sen Malaysia, ONCE tempatan tetap menganggap ia satu bentuk penghargaan tidak langsung buat Malaysia serta menjadi topik perbualan hangat dalam komuniti peminat K-pop tanah air.
Sumber: YouTube, X