Skip to main content

Advertisement

Hiburan

5 Tanda Anda Mungkin Ada OCD Tanpa Disedari

5 tanda anda mungkin ada ocd tanpa disedariFoto sekadar hiasan

Pernah terasa fikiran anda berputar memikirkan perkara yang sebenarnya tidak mungkin berlaku, tetapi tetap membuat anda gelisah? Atau anda kerap menangguhkan sesuatu kerana terlalu mengejar kesempurnaan?

Advertisement

Ramai sebenarnya menunjukkan tanda obsesif kompulsif atau OCD tanpa menyedarinya. Ia bukan sekadar tentang suka mengemas atau menjaga kebersihan. OCD melibatkan cara fikiran bekerja, ritual kecil yang menenangkan diri, dan kebiasaan yang kadang membantu tetapi boleh juga meletihkan.

Mengenali tanda-tandanya dapat membantu seseorang memahami diri dengan lebih baik dan mengelakkan tekanan yang tidak perlu. Jika ia mula mengganggu rutin harian, berbincang dengan profesional kesihatan mental boleh membantu.

1. Fikiran Tidak Diingini Muncul Berulang Kali

Anda mungkin kerap membayangkan perkara buruk yang anda sendiri tidak mahu, seperti takut mencederakan orang, membayangkan sesuatu yang tidak logik atau risau membuat kesilapan besar.

Ia bukan kerana anda mahu melakukannya, tetapi fikiran itu muncul tanpa diminta dan sukar dihentikan. Situasi ini boleh meletihkan mental dengan sangat cepat.

2. Terlalu Mengejar Kesempurnaan

Setiap perkara perlu berada pada tahap paling sempurna. Jika tidak mencapai standard yang anda tetapkan sendiri, anda mula berasa gagal.

Akhirnya anda menangguhkan kerja kerana takut hasilnya tidak menepati jangkaan. Perfectionism seperti ini boleh menjadi sebahagian daripada OCD apabila ia mula mengganggu fungsi harian.

 

 

3. Ada’Ritual’ Kecil yang Perlu Dilakukan untuk Rasa Selamat

Sesetengah individu mempunyai tindakan tertentu yang dilakukan berulang kali untuk menenangkan diri, seperti mengetuk sesuatu beberapa kali, perlu berjalan mengikut bilangan langkah tertentu atau melakukan tugasan dalam urutan yang sama setiap hari.

Jika ritual itu tidak dilakukan, rasa gelisah atau takut akan sesuatu yang buruk boleh muncul.

4. Perlu Memeriksa Sesuatu Berkali-kali Untuk Rasa Tenang

Walaupun yakin sudah mengunci pintu, anda kembali memeriksa. Barang yang sudah disimpan tetap anda semak semula berulang kali.

Perasaan tidak yakin itu membuat fikiran sibuk sehingga anda hanya tenang selepas melakukan pemeriksaan tersebut.

5. Mudah Terganggu Bila Ada Perkara yang Tidak Sempurna

Ada orang tidak kisah jika barang tidak tersusun, tetapi bagi anda, perkara kecil seperti objek tidak simetri, susunan berubah atau urutan tidak tepat boleh menimbulkan rasa rimas.

Ia boleh mengganggu fokus sehingga anda perlu membetulkannya sebelum boleh berfikir dengan tenang.

Tanda-tanda ini tidak semestinya bermaksud seseorang mempunyai OCD klinikal, kerana diagnosis hanya boleh dibuat oleh pakar. Namun, memahami gejala awal dapat membantu seseorang mengenali pola pemikiran yang mungkin mengganggu kehidupan seharian.

Jika tanda-tanda ini menjejaskan kerja, hubungan atau rutin harian, mendapatkan bantuan profesional adalah langkah terbaik. Sokongan rawatan boleh membantu menguruskan simptom dan meningkatkan kualiti hidup.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini