Skip to main content

Advertisement

Hiburan

A Aida “Booked” Bella Setahun Terus Dan Pangkah Ruhainies

Datuk A Aida yang merupakan penerbit beberapa filem di Malaysia mengambil keputusan memberi peluang kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah untuk membintangi tiga naskhah terbitan produksinya.

"Saya 'lock' Bella untuk tempoh satu tahun terus. Keputusan ini juga untuk bantu kewangan dan asah bakat lakonan Bella. Setiap naskhah adalah tayangan di saluran Salam HD UnifiTV."

Advertisement

a aida “booked” bella setahun terus dan pangkah ruhainies

Selain simpati nasib menimpa Bella susulan isu kecurangan suaminya, Aliff Aziz, A Aida juga mahu membantu pelakon kelahiran Sandakan, Sabah itu mengasah bakat lakonan.

“Lagipun, saya sudah lama kenal dengan Bella. Sejak kecil lagi, Bella sudah berlakon
dengan produksi saya. Moga dengan kesibukan di set penggambaran juga sedikit sebanyak membantu Bella
melupakan segala kesedihan dilaluinya.

A Aida berkongsi, tiga naskhah yang dihadiahkan kepada Bella terdiri daripada dua telefilem iaitu Elhan Untuk Nian yang juga adaptasi daripada novel dan Matahariku, manakala satu lagi adalah drama bersiri 13 episod berjudul Game Over Romeo.

A Aida dilaporkan berkata, Ruhainies sepatutnya terbabit dengan penggambaran telefilem Elhan Untuk Nian bagi tayangan Salam HD UnifiTV pada April depan, namun terpaksa mengeluarkan daripada senarai pelakon kerana isu khalwat bersama Aliff.

Mengulas lanjut, A Aida berkata, akan ada lebih banyak peluang menanti Bella bersama syarikat produksinya. Selepas ini, saya ada lagi perancangan  lain untuk Bella. Mungkin ada empat lagi telefilem yang Bella akan terbabit."

ERA Muzik Hit Terkini