Baru-baru ini tular video anak pelakon Rozita Che Wan, Aaisyah yang baru berusia 3 tahun, dilihat enggan berlakon dengan pelakon kacak, Zul Ariffin, kerana takut dicium oleh Zul dalam keadaan bermisai.
Dalam satu majlis sambutan ulang tahun kelahiran Aaisyah pada 1 November lepas, Zul Ariffin hadir dalam keadaan kemas dan tidak bermisai sebagai kejutan buat Aaisyah.
Advertisement
“Dah takde misai dah, camne? Kejung dia. Nanti kita berlakon sekali boleh tak?” tanya Zul kepada Aaisyah dalam video yang dimuat naik oleh @rosixomar di laman Instagramnya.
Disebabkan malu, Aaisyah dilihat kaku sewaktu ditegur Zul.
