Anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid yang dikatakan bercinta dengan pengasas dan pemilik produk kosmetik, Tyra Kamaruzzaman, dikatakan sudah berpisah.

Advertisement
Menerusi akaun Twitter dipercayai milik Aazief sendiri, beliau mengesahkan bahawa mereka berdua sudah membawa haluan masing-masing dan berpisah secara aman.

Menurut Aazief lagi, mereka masih lagi berhubung antara satu sama lain malah baik juga berkerja bersama.

Pesan Aazief lagi, beliau mengharapkan agar orang ramai tidak menghentam Tyra tanpa usul periksa kerana kasihan akan bekas kekasihnya yang menjadi mangsa fitnah.
Malah perkongsian Aazief ini juga dipuji netizen yang menganggap beliau sebagai ‘gentleman’.