Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Abam Gementar Bakal Nikah 8 Disember Ini Dengan Hidayah

Abam Bocey mengakui gadis bernama Hidayah, 26, adalah satu-satunya gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya dan akan bernikah bersama gadis tersebut pada 8 Disember ini.

abam gementar bakal nikah 8 disember ini dengan hidayah

Menurut Astro Gempak, Abam mengakui gementar tetapi beliau tidak sangka akan menjadi suami tidak lama lagi.

Advertisement

“Ramai orang tanya samada saya sudah bersedia menjadi suami atau gementar menanti hari bahagia, tetapi sebenarnya perasaan ini lebih kepada tidak sangka ada juga wanita sudi menjadi surihati saya.

“Saya dan Hidayah mula berkawan sejak 2009, sebelum saya melangkah kaki ke Raja Lawak 6 lagi. Hubungan kami pernah putus sekejap.

“Tapi kalau dah jodoh, macam mana pun akan bertaut juga,”
katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

abam gementar bakal nikah 8 disember ini dengan hidayah

Tambah Abam, majlis pernikahannya akan diadakan di kediaman pengantin perempuan di Sabak Bernam.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan keesokan harinya (9 Disember) dan majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari, di kediaman Abam, di Gombak.

Sumber: Astro Gempak

ERA Muzik Hit Terkini