
Pelakon, Emma Maembong, minggu lalu telah mencetuskan teka-teki dalam kalangan peminat apabila telah memuatnaik foto bersama seorang jejaka bernama Syed Abdullah, yang juga merupakan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq.
Advertisement
"Happy birthday @syedabdullah1989. May Allah bless you," tulis Emma ringkas di laman Instagram miliknya.
Turut kelihatan adalah adik Emma, iaitu Chacha Maembong yang turut bersama-sama menyambut hari lahir Syed di Johor.

Rata-rata peminat turut mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Sumber: Instagram Emma Maembong & Syed Abdullah
