Takziah buat Abby Abadi dan suami atas kehilangan anak mereka selepas kandungannya mengalami keguguran semalam. Turut tersentuh dan sedih mengenai berita tersebut adalah bekas suaminya Norman Hakim. Walaupun sudah tiada ikatan, peminat sedia maklum yang mereka masih punya hubungan yang baik.
"Sebelum ini dia ada mengadu tekanan darah tingginya agak membimbangkan juga, namun tak sangka usia kandungannya tidak dapat diselamatkan.
"Saya memang tak dapat menahan sebak dan sedih sebaik sahaja Abby beritahu dia keguguran.
"Walaupun kami bukan lagi suami isteri tapi saya turut berasa sedih di atas apa yang berlaku.
"Saya tahu suaminya amat berharap untuk menimang cahaya mata bersama Abby kerana dia sudah dua kali keguguran.
"Abby kongsi segalanya mengenai cerita kegugurannya itu kepada saya dan saya turut bersimpati," katanya kepada Astro Gempak.
Semoga Abby Abadi dan suami terus kuat menghadapi dugaan yang diberikan Allah ini.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm


