Alhamdulillah dan tahniah buat pelakon comel dari Indonesia, Acha Septriasa yang selamat melahirkan anak pertamanya di Sydney, Australia. Anak perempuannya yang masih belum diberikan nama lahir pada 20 September, semalam.
"Telah lahir bayi cantik dan sehat tadi pagi 20 September 2017 jam 12.14 waktu Australia dengan berat 3220 gram," kata ibu Acha, Rita.
"Acha sehat bahagia sekarang masih di RS Royal Hospital for Woman Sydney" ucapnya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

