Baru-baru ini, isu saman-menyaman dilaporkan berlaku antara balu pelawak Allahyarham Abam iaitu Siti Nor Hidayah bersama adik iparnya, Ali Puteh.

Disebabkan isu perbalahan antara mereka yang masih belum reda, kes berkenaan mendapat perhatian rakan baik Allahyarham, iaitu Achey.
Advertisement

Memetik laporan dari portal Murai.my, Achey sudah menghubungi kedua-dua belah pihak dan hanya mampu memberi nasihat kepada mereka agar berdamai.
”Saya dan Fad sering menghubungi kedua-dua belah pihak. Kalau boleh selesaikanlah secara baik dan damai bolehlah kita bermesyuarat. Dalam Islam, bila kita bermesyuarat pasti kita ada cadangan. Tetapi perlu ingat cadangan itu bukanlah keputusan.
“Bila saya dan Fad beri cadangan antara satu pihak ke satu pihak, tetapi keputusan tidak mengikut yang kami cadangkan, kami tidak boleh buat apa-apa.
“Dalam situasi ini siapa saya dan Fad? Saya tidak boleh masuk campur sangat hal ini. Saya hanya ada hubungan persahabatan yang tak terjangkau dengan arwah. Apa yang saya perlu jaga adalah kebajikan kepada Arwah, anak arwah dan ibu kepada Arwah.
Antara Ali dan Hidayah, atau kes yang tak perlu libatkan saya, saya minta maaf kepada orang–orang yang meminta saya membantu. Saya bukan tak bantu, tapi sudah pun menasihati dan keputusan itu di tangan mereka” kata Achey kepada Murai.my.
Semoga pertikaian antara balu Allahyarham dengan Ali Puteh ini dapat dileraikan dan selesai dengan cara baik.
Sumber: Murai.my