Penyanyi Adam Levine merupakan vokalis yang terkenal di Amerika Syarikat, Maroon 5. Baru baru ini tular di media sosial Adam Lavine mempunyai hubungan sulit bersama seorang model, Sumner Stroh.
Sumner Stroh telah memuat naik video di Tiktok @sumnerstroh di mana beliau mengatakan bahawa dia dan Adam Levine telah menjalinkan hubungan sulit ketika Isteri Adam sedang hamil anak ketiga.
Advertisement

Di dalam video tersebut, Stroh juga berkongsi perbualannya bersama Adam di mana Adam memberitahu bahawa beliau akan mendapat anak lelaki dan ingin menamakan anaknya dengan nama Sumner.
Video tersebut mendapat kecaman dan kemarahan netizen bukan sahaja terhadap Adam Levine, malah terhadap Sumner Stroh.
@sumnerstroh embarrassed I was involved w a man with this utter lack of remorse and respect. #greenscreen ♬ original sound - Sumner Stroh