Skip to main content

Advertisement

Hiburan

"Allah Ambil Suamiku, Allah Ganti Kegembiraan Buat Adiku" - Erma Fatima

allah ambil suamiku, allah ganti kegembiraan buat adiku - erma fatima

Sumber: Instagram @ermafatima @umieaida9

Advertisement

Hujung minggu yang lalu adik kepada pengarah Erma Fatima dan pelakon Umie Aida telah menerima lamaran kekasihnya. Betty Rahmad dalam satu video dan gambar telah setuju dan menerima lamaran tersebuat di sebuah restoran di Bali, Indonesia. 

Gembira dengan berita tersebut, Erma memuat naik gambar beserta caption yang sebak dalam kegembiraan. 

lhamdulillahhhh..sekian lama ku nantikan. Hanya Allah tahu betapa gembiranya berita ini ku terima.

ALLAH ambik suamiku...
ALLAH gantikan dengan kegembiraan buat adik ku... @bettyrahmad
TERIMA KASIH ALLAH.

Turut gembira dengan berita tersebut adalah seorang lagi kakak Betty iaitu Umie Aida. Umie dalam kapsyen yang bernada lucu menceritakan adiknya itu tak pandai untuk berkata ' Ya' hinggalah dia menerima lamaran kekasihnya itu. 

Seronok tengok adik beradik ni gembira dengan satu sama lain kan ? 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

allah ambil suamiku, allah ganti kegembiraan buat adiku - erma fatima

ERA Muzik Hit Terkini