Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Dia Suka Main Cakap…” - Adira Tepis Dakwaan Rujuk Dengan Datuk Red

“dia suka main cakap…” - adira tepis dakwaan rujuk dengan datuk red

Foto: Instagram

Advertisement

Penyanyi, Adira Suhaimi menepis dakwaan kononnya akan kembali rujuk dengan bekas suami, Datuk Red selepas Aidilfitri ini.

Memetik laporan Kosmo, Siti Adira Suhaimi, 32, menolak berita gembira itu dan tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurutnya, Datuk Red sememangnya seorang yang suka berseloroh, termasuk ketika sesi siaran langsung dalam media sosial.

“Tiada berita gembira. Kalau ada yang bertanya sudah rujuk ke, sudah kahwin balik ke, dia (Datuk Red) akan jawab sudah.

“Dia memang begitu, suka main cakap. Orang yang mengenali dia pasti tahu perangainya. Jadi, tiada apa-apa berita gembira daripada pihak saya,” katanya kepada wartawan.

Sementara itu, pelantun Ku Ada Kamu menjelaskan dirinya buat ketika ini hanya mahu menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap anak-anak serta kerjaya seni.

“Ramai yang mendoakan, tapi saya belum sampai ke tahap itu. Anak-anak saya ramai dan mereka sangat memerlukan saya.

“Kalau boleh, saya mahu fokus kepada membesarkan anak-anak dan mencari rezeki untuk mereka.

“Saya lebih selesa begini. Kalau ada jodoh, saya terima. Kalau tiada, saya reda,” ujarnya lagi.

“dia suka main cakap…” - adira tepis dakwaan rujuk dengan datuk red

Foto: Instagram

Untuk info, Adira turut melancarkan lagu raya terbaharu, Syawal Rindu duet bersama penyanyi, Black Hanifah.

Lagu ciptaan Rudy Nastia, Aiman Zaidi, Aizad Khan dan Kelana dengan lirik nukilan Aiman Zaidi itu mengisahkan perasaan rindu terhadap keluarga serta kenangan Aidilfitri bersama insan tersayang.

 

Sumber: Kosmo

ERA Muzik Hit Terkini