Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lepas Bina Masjid, Aeril Dan Wawa Rancang Buka Pusat Tahfiz Pula

Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini merancang untuk membuka sebuah pusat tahfiz.

lepas bina masjid, aeril dan wawa rancang buka pusat tahfiz pula

Advertisement

Ia satu daripada impian mereka selepas impian membina masjid sebelum ini tercapai.

"Kerja kuat dan cari duit bukan sebab nak mewah di dunia semata-mata, tapi sebab nak bantu orang lain. Nak sedekah dan tolong orang. Kita bukan bantu orang itu saja, tapi dalam masa sama bantu diri kita sendiri untuk kehidupan yang abadi di sana.

"Semoga sebab perniagaan kecil-kecilan kita mampu membawa kita ke syurga. Alhamdulillah, impian nak bina masjid Allah permudahkan. Insya-Allah, selepas ini nak tubuhkan pusat tahfiz. Lokasi belum ada lagi," kata Wawa kepada Metro.

lepas bina masjid, aeril dan wawa rancang buka pusat tahfiz pula

Masjid yang dirancang akan dibina di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor, bakal memulakan pembinaannya Disember ini.

Dalam masa sama, Wawa turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kejayaan mereka selama ini.

Sumber: Metro

ERA Muzik Hit Terkini