Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Agnes Monica Dikecam Gara-Gara Tidak Mengaku Orang Indonesia, ''Saya Kacukan Jerman, Jepun Dan China..''

Penyanyi, Agnes Monica kini sedang menempa nama di Amerika Syarikat.

agnes monica dikecam gara-gara tidak mengaku orang indonesia,

Menerusi satu temubual bersama Kevan Kenney dalam rancangan Build Series. Agnes mengaku dia berbeza dengan orang lain Indonesia ketika disoal tentang kepelbagaian budaya dinegara itu.

Advertisement

agnes monica dikecam gara-gara tidak mengaku orang indonesia,

"Saya tiada darah dan hanya dilahirkan di Indonesia. Saya sebenarnya kacukan Jerman, Jepun dan China. Saya juga orang Kristian yang mana majoriti penduduk di Indonesia adalah orang Islam.

"Jadi, saya rasa saya bukan orang Indonesia dan mereka hanya menerima kehadiran saya di sana," katanya dalam program itu.

Temubual yang dimuatnaik dilaman Youtube pada Jumaat lalu telah menjadi tular di Twitter sejak awal minggu ini dengan rata-rata pengguna di Indonesia mendakwa Agnez sudah lupa diri dengan asal usulnya.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini