Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tiada Lagi Kompromi, Agong Ingatkan Ramai Sudah Diperhatikan dalam Isu Rasuah

tiada lagi kompromi, agong ingatkan ramai sudah diperhatikan dalam isu rasuahFoto: Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberi peringatan keras bahawa usaha membanteras rasuah kini dipantau secara serius dan lebih ramai pihak sedang berada dalam perhatian Baginda.

Advertisement

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Baginda menegaskan bahawa rasuah adalah perbuatan khianat terhadap amanah rakyat dan tidak boleh dibiarkan terus menular dalam pentadbiran negara.

Baginda menjelaskan bahawa tindakan memerangi rasuah bukan hanya menyasarkan individu tertentu atau jabatan terpilih, sebaliknya melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa dan badan berkaitan.

“Jangan ingat memerangi rasuah ini hanya bertumpu pada segelintir jabatan, atau mereka yang memberi dan menerima, malah berhati-hati juga mereka di Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pelbagai lagi.

“Tidak terlepas juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

 

 

“Tidak kira apa jua pangkat anda, begitu juga ejen-ejen yang menjadi ‘orang tengah’ selain menjadi pembekal pelbagai peralatan, pakaian serta perubatan, anda juga dalam ‘radar’.

“Bah kata pepatah siapa makan cili, dia terasa pedas, jangan anda semua ingat saya tidak tahu apa-apa, saya juga mempunyai risikan saya sendiri,” titah Baginda.

Dalam pada itu, Baginda turut menegaskan bahawa pegawai yang gagal memikul tanggungjawab dengan jujur dan berintegriti tidak sepatutnya terus kekal dalam jawatan.

“Saya ada alternatif lain. Jika ada pegawai yang tidak mampu melaksanakan amanah dengan jujur, berikan peluang kepada mereka yang lebih layak dan bersih untuk menjalankan tanggungjawab itu,” titah Baginda lagi.

Titah tersebut mencerminkan pendirian tegas bahawa usaha memerangi rasuah akan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengira kedudukan, pangkat atau pengaruh.

Sumber: Facebook

ERA Muzik Hit Terkini