Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Global Sumud Flotilla Bukti Semangat Kemanusiaan Tanpa Batas…” – Agong

“global sumud flotilla bukti semangat kemanusiaan tanpa batas…” – agongFoto: X

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan bahawa Misi Global Sumud Flotilla (GSF) adalah lambang murni semangat kemanusiaan sejagat dalam membantu golongan yang terpinggir dan terkesan akibat konflik, khususnya warga emas, wanita serta kanak-kanak di Gaza.

Advertisement

Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada para sukarelawan, termasuk rakyat Malaysia, yang sanggup menggalas risiko dan cabaran demi membawa mesej persaudaraan dan solidariti ke peringkat antarabangsa.

“Mereka hanya menjalankan misi kemanusiaan dengan membawa bekalan makanan, namun dihalang dan ditahan. Tindakan ini jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat,” titah baginda seperti dikongsi oleh Royal Press Office.

Titah tersebut turut dimuat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Jumaat, yang memaklumkan baginda sentiasa mengikuti rapat perkembangan GSF, termasuk usaha Malaysia untuk memastikan keselamatan dan pembebasan sukarelawan negara ini.

 

 

“Semoga setiap usaha murni yang sedang digerakkan kerajaan dalam membantu sukarelawan kita dipermudahkan dan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta’ala,” titah baginda lagi.

Terdahulu, Seri Paduka berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, di Istana Bukit Tunku bagi mendapatkan taklimat terkini mengenai perkembangan misi flotila berkenaan.

Sumber: Facebook

ERA Muzik Hit Terkini