G-Dragon dan Taeyang bakal berjauhan dengan VIPs buat sementara waktu selama lebih kurang dua tahun kerana terpilih menjalani latihan ketenteraan.

Menurut pengurusan YG Entertainment, kedua-dua anggota BigBang itu dijadualkan memulakan khidmat mereka pada awal tahun 2018, lapor Sagye Ilbo.
Advertisement

Sementara itu, Daesung dan Seungri masih belum mendapat pengesahan tarikh sebenar mereka menjalani latihan ketenteraan.

Dalam berita lain, baru-baru ini Taeyang mengumumkan akan berkahwin dengan Min Hyo Rin dan dijangka melangsungkan perkahwinan pada 3 Februari depan.
Sumber: Soompi