
Hubungan antara pelakon Aidil Aziz dan juga Fasha Sandha semakin diperkatakan apabila mereka dilihat sudah mula memuat naik gambar bersama di Instagram.
Advertisement
Tak mahu mengambil pusing kritikan negatif, Aidil mahu terus memandang ke depan.
"Saya malas ambil peduli kata negatif yang mempertikai hubungan kami. Lebih baik saya memandang hari depan. Doakan yang baik buat kami dan insya-Allah, sampai masa nanti segala persoalan akan terlerai," katanya.
Jika telah ditakdirkan Fasha Sandha adalah jodohnya, Aidil menerima dengan hati terbuka. Aidil juga menyifatkan Fasha seorang wanita yang baik, sentiasa berfikiran positif dan tanpa henti memberi kata semangat buatnya untuk terus mengejar cita-citanya.
"Pada usia 31 tahun, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Justeru, saya kena bekerja keras dan fokus pada kerjaya. Jika ditakdirkan kami bertemu jodoh, saya terima," katanya.
Sumber: BH Online
