Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aiman Tino Bakal Bernikah Dalam Masa Terdekat.

Aiman Tino telah mengumukan beliau merancang untuk melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihan hati, Syarah Haifa.

Kata Aiman, 25, buat masa ini tarikh pernikahan mereka belum ditetapkan lagi namun akan dipercepatkan selepas majlis merisik pada Januari lalu. Tambah Aiman, mereka merancang untuk bernikah sebelum Ramadan atau selewat-lewatnya April ini.

Advertisement

1781353-1.jpeg

"Mak pun dah bising setiap kali balik kampung dia asyik tanya bila nak kahwin. Dulu dia dan ayah umur 23 tahun dah kahwin, saya lewat sedikit. Jadi saya rasa benda baik ini apa salahnya kita cepat halalkan. Lagipun saya pun dah selesa dengan dia. Kami selalu keluar bersama dan dia ikut saya bekerja malah kami juga ada usahakan perniagaan bersama.”

Pada hujung Januari lalu, dalam perkongsian di Instagram dilihat ibu Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil dilihat menyarung cincin di jari manis Syarah sebagai tanda hasrat hati untuk menyunting wanita pilihan.

ERA Muzik Hit Terkini