Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aiman Tino Jual Baju Seragam Sekolah Pula

Penyanyi yang popular dengan lagu Ku Rela Di Benci, Aiman Tino, melangkah selangkah kehadapan apabila muncul dengan produk baju seragam sekolah jenama ‘Sweet Aiman Junior’.

aiman tino jual baju seragam sekolah pula

Dipetik daripada Berita Harian, Aiman berkata, beliau perlu menjadikan dirinya lebih berdaya saing dalam industri masa kini.

Advertisement

"Aiman juga perlu meneroka bidang keusahawan baharu, kaedah pembungkusan produk, perkhidmatan terkini, strategi pemasaran dan pasaran berbeza termasuk menggunakan media sosial," katanya kepada BH Online.

Pelancaran pakaian seragam Aiman Tino itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.

aiman tino jual baju seragam sekolah pula

Selain pakaian, Aiman Tino juga pernah mengeluarkan produk kesihatan, kecantikan serta haruman wangi-wangian.

Sumber: Berita Harian

ERA Muzik Hit Terkini