Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aina Abdul Dedah Pernah Menolak Tawaran Sertai America’s Got Talent

Penyanyi Aina Abdul dedah pernah menolak tawaran untuk menyertai program nyanyian terkemuka dunia, America’s Got Talent.

Dia terpaksa menolak tawaran yang diterima pada sekitar tahun 2014 itu kerana mempunyai komitmen lain dan terikat dengan urusan yang tidak dapat dielakkan.

Advertisement

aina abdul dedah pernah menolak tawaran sertai america’s got talent

Bagaimanapun, Aina berkongsi tidak akan menolak jika diberi peluang lagi untuk menyertai pada masa hadapan.

“Dulu saya pernah dapat tawaran, tapi ketika itu saya terikat dengan satu komitmen lain yang memang tidak dapat dielakkan menyebabkan dengan berat hati saya terpaksa menolak.” jelas Aina.

Semoga Aina Abdul dapat mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Sumber Kosmo

ERA Muzik Hit Terkini