Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kata Dato’ Ramli MS Jadi Pembakar Semangat Aina Abdul Lancar Album Penuh

Penyanyi popular Aina Abdul telah melancarkan album penuh pertamanya hari ini, 25 Oktober bersempena dengan tarikh ulang tahun kelahirannya. 

kata dato’ ramli ms jadi pembakar semangat aina abdul lancar album penuh

Aina yang bakal mengadakan Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena pada 18 November ini sempat memberikan pendapat mengenai stigma masyarakat yang mempersoalkan keberaniannya menganjurkan konsert solo sedangkan masih belum mempunyai album penuh ketika itu.

Advertisement

Dia juga turut mengakui tercabar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh maestro Datuk Ramli MS bahawa setiap penyanyi perlu ada album penuh sewaktu program Big Stage lalu.

"Sebenarnya waktu Tok Ram (Ramli) cakap begitu saya menggeletar. Walaupun malam itu belum berakhir, saya sudah rasa yang semua orang sedang ketawakan saya. Saya dapat rasa orang sedang kata padan muka, padan muka. Tetapi saya jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat untuk saya hasilkan album" kata Aina.

Namun ada berita baik buat semua peminat Aina Abdul, dia telah mengumumkan sesuatu yang istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

ERA Muzik Hit Terkini