Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Air Mata Danielle ‘Tumpah’ Dalam Live, Dedah Rahsia Perjuangan Tinggalkan NewJeans

air mata danielle ‘tumpah’ dalam live, dedah rahsia perjuangan tinggalkan newjeansFoto: Instagram

Bekas ahli NewJeans, Danielle Marsh, tampil buat pertama kali secara langsung selepas meninggalkan kumpulan tersebut menerusi siaran di Instagram dan YouTube pada 12 Januari.

Advertisement

Dalam sesi singkat itu, Danielle kelihatan sebak ketika menyapa peminat dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diterimanya sejak kebelakangan ini.

Dalam siaran bertajuk Dear Bunnies, Danielle berkata,

“Kenapa air mata sudah mula mengalir… Saat untuk mengucapkan selamat tinggal ini masih terasa asing. Ucapan terima kasih kerana menunggu pun rasa tidak mencukupi.”

Beliau turut berkongsi bahawa mesej dan surat daripada peminat banyak memberinya kekuatan, sambil berkata,

“Kadang-kadang pada lewat malam, saya membaca mesej kamu semua. Tidak dengan kuat, tapi cukup untuk dirasakan.”

Danielle turut mendedahkan bahawa beliau telah berusaha hingga ke penghujung demi kekal bersama ahli NewJeans.

“Saya boleh katakan dengan pasti, saya berjuang hingga ke saat akhir untuk terus bersama ahli-ahli kumpulan,” katanya sambil menahan air mata.

Namun, beliau menegaskan apa yang berlaku sekarang adalah satu permulaan baharu dalam hidupnya.

Mengakhiri siaran tersebut, Danielle menyampaikan mesej penuh harapan,

“Ini bukan pengakhiran. Ini adalah permulaan. Walaupun kita berada di tempat berbeza, hati kita tetap satu.”

Untuk rekod, kontrak Danielle bersama ADOR ditamatkan pada 29 Disember 2025, dan syarikat itu kemudiannya memfailkan saman terhadapnya dengan tuntutan sebanyak AS$20.6 juta.

Sumber: Times Now News

ERA Muzik Hit Terkini