
Komposer dan penyanyi Ajai mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kemunculan terbaharu penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Advertisement
Dalam hantaran berkenaan, Ajai memuat naik sebuah video yang memaparkan Hafiz yang sedang berlatih menyanyikan lagu ‘Ku Akui’ di studio berkenaan.
Menurut Ajai, beliau akan sentiasa menyokong dan mendoakan Hafiz Suip.
“Brother sentiasa mendoakan untuk kamu agar kamu sentiasa dipelihara Allah.
“You must be strong brother, we love you,” antara kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Ajai untuk Hafiz.
Rata-rata pengikut meluahkan rasa teruja melihat Hafiz yang sekian lama menghilang itu dan ada juga di antara mereka mengucapkan terima kasih kepada Ajai kerana membawa Hafiz kembali dalam industri menerusi konsertnya yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Sumber: Astro Gempak