Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ajoi Zainal Alami Tekanan Darah, Degupan Jantung Tinggi Selepas Selesai Buat Persembahan Di Big Stage 2022

Peserta Big Stage 2022, Ajoi Zainal dilaporkan mengalami tekanan darah dan kadar degupan jantung yang tinggi selepas selesai membuat persembahan.

ajoi zainal alami tekanan darah, degupan jantung tinggi selepas selesai buat persembahan di big stage 2022

Advertisement

Menurut Penerbit Penyelaras Big Stage 2022, Mohd Noor Firdaus Mahadi memaklumkan sendiri punca kejadian berlaku dan keadaan Ajoi ketika itu.

“Pasukan perubatan memaklumkan bahawa Ajoi Zainal mengalami tekanan darah dan kadar degupan jantung yang tinggi,” katanya.

Ajoi kelihatan seperti kurang sihat selepas menyanyikan lagu “Jangan Khianati Aku” pada minggu tersebut.

Malah, Firdaus turut memaklumkan Ajoi Zainal berada dalam keadaan baik pada sebelah petang sebelum pentas Big Stage bermula.

Bagi memastikan keselamatan semua pihak, Ajoi juga telah melakukan ujian kendiri COVID-19 dan keputusannya adalah negatif sebelum dibenarkan membuat persembahan.

ajoi zainal alami tekanan darah, degupan jantung tinggi selepas selesai buat persembahan di big stage 2022

Dia juga menjelaskan setiap peserta yang tidak sihat sememangnya tidak akan dibenarkan untuk menghadiri pertandingan nyanyian tersebut.

“Jika mereka tidak sihat, demam, sakit tekak dan sebagainya, memang kita tidak akan bagi mereka untuk menghadiri ke pentas.

"Malah sebelum kesemua peserta dan pengurus mereka ingin masuk ke dalam (lokasi penggambaran), mereka perlu melakukan ujian kendiri,” katanya.

Untuk makluman, Sofia Marieylla juga terpaksa dikecualikan daripada pertandingan semalam selepas dimaklumkan tidak sihat untuk bertanding pada malam tersebut.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini