Semalam, PU Abu dilaporkan telah bernikah di Thailand, menerusi update daripada sebuah portal tempatan.

Namun terbaru, menerusi Instagram miliknya, beliau menafikan perkara berkenaan dan mendakwa akaun Instagramnya telah digodam, semalam.
Advertisement
“Story yang telah dimuat naik pada IG saya semalam adalah bukan dari saya. IG saya telah dihacked oleh 'seseorang'. Cukuplah menabur fitnah pada saya.
“Pernikahan saya dan @hanaazraa adalah di bawah pengetahuan family kami berdua.Tolong jangan sebarkan berita palsu pada bulan mulia ini.Jangan cemarkan bulan yang mulia ini.Saya doakan 'seseorang' itu di beri petunjuk,” tulisnya.
Menerusi Instastory miliknya, PU Abu menunjukkan bukti bahawa akaunnya telah digodam.




Kontroversi PU Abu bermula selepas media melaporkan bahawa beliau menceraikan isterinya, Ain Afini yang hamil 7 bulan dan berkahwin dengan Hana Azraa.
