Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ali Puteh Diuji Lagi, Kali Ini Akaun Instagram 467k Followers Pula Di Hack

Akaun Instagram pelawak, Ali Puteh, dilaporkan telah digodam oleh individu tidak dikenali hujung minggu lalu.

ali puteh diuji lagi, kali ini akaun instagram 467k followers pula di hack

Advertisement

Mempunyai 467 ribu pengikut dilaman Instagram, akaun ini adalah akaun kedua milik Ali yang digodam selepas akaun pertamanya dahulu digodam pada September 2019.

ali puteh diuji lagi, kali ini akaun instagram 467k followers pula di hack

Pemberitahuan mengenai akaun terbaru Ali itu diumumkan menerusi ruangan entri di Instagram terbarunya semalam.

"Instagram baru saya yang original..Yang lama sudah kena hack.

"Selain dari akaun ini itu semua bidaah!" maklumnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by syed ali mubarrak aljuffrey (@aliputehofficial) on

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Ridzuan, 31, bagaimanapun menganggap segala yang terjadi adalah ujian dalam kehidupannya.

"Allah uji lagi. Instagram pulak dicuri. Insya-Allah terus bersabar kerana bila kita sabar, Allah sayang kita," tulisnya lagi.

Jumaat lalu, Ali telah membuat satu sidang media khas menjelaskan segala kekeliruan yang timbul ekoran daripada konflik yang terjadi antara dirinya dengan balu kepada Allahyarham Abam.

Semoga Ali tabah menghadapi ujian ini.

ERA Muzik Hit Terkini