Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Alif Satar Terharu Jiran Ambil Berat Keluarga Di Rumah, ‘‘Ini Baru Kita Jaga Kita..’’

Selebriti, Alif Satar meluahkan rasa terharu dengan kejiranan rumahnya kerana menjaga anak-anak dan isterinya dengan baik, sepanjang beliau menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka.

alif satar terharu jiran ambil berat keluarga di rumah, ‘‘ini baru kita jaga kita..’’

Advertisement

Pemilik nama sebenar, Muhammad Alif Mohd Satar, 30, berkongsi foto sumbangan makanan daripada jiran kepada anak dan isterinya di rumah, menerusi laman Instagram baru-baru ini.

“Alif sangat terharu. Jiran Alif ambil maklum tentang situasi keluarga Alif sekarang dengan isteri dan anak-anak Alif perlu kuarantin.

“Mereka semua menawarkan bantuan, ada yang ingin bantu dengan membuangkan sampah, menghantarkan makanan.

"Ini baru betul #KitaJagaKita," jelasnya.

alif satar terharu jiran ambil berat keluarga di rumah, ‘‘ini baru kita jaga kita..’’

Alif juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bersama-sama membantu sambil menyifatkan perlakuan mereka itu sebagai bukti nilai kemanusiaan yang baik masih lagi wujud.

“Terima kasih MD Community, anda tahu siapa anda, faith in humanity restored.

“Ada hamba Allah nama Aziz dan Arsyad memberi hidangan nanas masak lemak dan salah seorang jiran kami, Jasmine tinggalkan depan pintu.

“Ini dia... contoh #KitaJagaKita. Alhamdulillah komuniti jiran tetangga Alif sangat ‘supportive’, memahami dan membantu dalam kesusahan,” jelasnya.

Terdahulu, isteri dan anak-anak Alif Satar telah disahkan negatif daripada COVID-19 selepas mereka menjalani ujian saringan minggu lalu.

Sumber: Instagram Alif Satar

ERA Muzik Hit Terkini