Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ramai Netizen Panas Bila Nampak Aliff Aziz Dekat Kelab Malam. Rupanya…

Penyanyi dan pelakon dari Singapura, Aliff Aziz telah diserang oleh netizen apabila video beliau di sebuah kelab malam tersebar di media sosial. 

IMG_2711-1-1.png

Terpalit dengan masalah rumah tangganya yang lalu, juara Gegar Vaganza musim ke 8 itu telah pun berhijrah ke jalan yang lebih baik dan disenangi oleh netizen. 

Advertisement

Namun satu video telah di “upload” oleh individu yang menunjukkan bahawa Aliff sedang mabuk dan menari bersama gadis di sebuah kelab malam. Akan tetapi, rakan Aliff yang juga seorang pelakon Ahmad Shahidan tampil membersihkan nama Aliff Aziz susulan tular rakaman video memaparkan penyanyi dan pelakon itu. 

IMG_2710-1.jpg

Ahmad Shahidan, potongan video yang disebarkan itu merupakan salah satu babak dalam drama sahaja. Tambah Ahmad Shahidan, beliau juga berada di kelab tersebut atas urusan kerja bersama Aliff selain turut berkongsikan beberapa gambar dan video bersama pelakon utama drama tersebut di lokasi penggambaran.

ERA Muzik Hit Terkini