Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Ini konsert terbuka yang boleh dihadiri oleh semua orang” Aliff Aziz Ulas Mengenai Sophia AlBarakbah Hadir Tonton GV10

Seperti yang diketahui umum mengenai kontroversi antara penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Sophia AlBaraqbah. Namun, konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (GV10) malam tadi turut dihadiri oleh aktres jelita itu.

“ini konsert terbuka yang boleh dihadiri oleh semua orang” aliff aziz ulas mengenai sophia albarakbah hadir tonton gv10

Aliff Aziz menyedari mengenai kehadiran Sophia di konsert malam itu namun dia menjelaskan semua individu bebas untuk hadir ke konsert tanpa ada sebarang sekatan.

Advertisement

“Saya nampak dia dan mungkin datang untuk menemani sepupunya, penyanyi Aisha Retno yang membuat persembahan untuk GV Live+. Ini konsert terbuka yang boleh dihadiri oleh semua orang. Takkanlah saya nak cakap dia tak boleh datang, orang itu dilarang hadir” kata Aliff Aziz.

Dalam pada itu, Aliff yang juga bekas juara GV8 enggan memberi terlalu banyak komen mengenai kehadiran aktres tersebut kerana dikhuatiri boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan orang ramai.

Sumber Kosmo

ERA Muzik Hit Terkini