
Sumber: Utusan
Advertisement
Selepas menyambut kelahiran anak pertama mereka 20 hari yang lalu, Aliff Aziz telah ditangkap bersama dengan wanita lain di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras oleh isterinya, Bella Astillah.
Semasa kejadian berlaku pergelutan kerana isterinya Bella mengeluarkan telefon bimbit untuk mengambil gambar sebagai bahan bukti. Bagaimanapun, Aliff didakwa mencederakan isterinya itu hingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan lutut.
“Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu.
“Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu,” katanya jurucakap polis.
Kecederaan pada Bella terjadi kerana Aliff dikatakan mencampak telefon tersebut ke muka isterinya.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
