Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengaku bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai di Mahkamah Negara Singapura.

Advertisement
Disebabkan dua pertuduhan itu, beliau dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500.
Menerusi pertuduhan tersebut, Aliff didakwa atas kesalahan mencuri wang milik pelakon dan ahli politik Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri sebanyak RM915 dan RM285 di dalam bilik hotel di Nanson Road berdekatan Havelock Road, Singapura.
Dalam kes berbeza, Aliff juga didapati mabuk di bawah jambatan pusat beli-belah Orchard Towers pada jam 5.30 pagi pada 10 November tahun lalu.
Sumber: mstar