Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mahu Buang Tatu Miliknya, Aliff Aziz Ingin Berubah Ke Jalan Yang Baik

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ada memuat naik sebuah hantaran di akaun Instagramnya untuk mencari klinik yang menawarkan rawatan pembuangan tatu di Kuala Lumpur.

Memetik laporan Gempak, Muhammad Aliff Aziz atau mesra disapa Aliff mengakui hasratnya untuk membuang tatu yang ada di tubuh badannya.

Advertisement

mahu buang tatu miliknya, aliff aziz ingin berubah ke jalan yang baik

Biarpun banyak terpalit dengan pelbagai kontroversi, dia sedang berusaha untuk istiqamah menjadi umat Islam yang lebih baik dan usaha itu datang daripada dirinya sendiri.

“Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi.. Saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup.

“Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya. Jadi, saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat.

“Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu (buang tatu) memudaratkan, tak perlu. Saya rasa itu adalah usaha saya, bukan orang lain atau pun nak buktikan kepada sesiapa.

“Sebab the end of the day, kalau kita buat secara ikhlas orang akan rasa vibes keikhlasan itu,” katanya.

mahu buang tatu miliknya, aliff aziz ingin berubah ke jalan yang baik

Menerusi hantarannya itu, Aliff memuat naik status di Instagram Stories meminta bantuan warganet untuk mencadangkan klinik yang menawarkan rawatan pembuangan tatu.

Lebih dua tahun tinggal bersama keluarga di Singapura, Aliff akhirnya kembali ke pamngkuan isteri dan anak-anak.

Popular dengan lagu Sayang Sayang, dia berasa terharu kerana masih mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Alhamdulillah sejak saya di sini, ramai yang beri sokongan. Daripada keluarga, kawan-kawan, semua bagi sokongan kepada saya,” ujarnya lagi.
 

ERA Muzik Hit Terkini