Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dakwaan Aliff Aziz dan Ruhainies Bertunang Merepek - Ruhainies

Lands-P-15.png

Pelakon kontroversi, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau lebih dikenali sebagai Ruhainies menyangkal dakwaan bahawa dirinya dan pelakon, Aliff Aziz akan bertunang sebagai tuduhan tidak berasas.

Advertisement

Ketika ditemui media di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Ruhainies memberitahu bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai berita yang tersebar tentang pertunangannya dengan Aliff Aziz.

“Itu dah merepek, sudah merepek sangat. Sampaikan Anies rasa agak melampau dakwaan itu kerana boleh menimbulkan fitnah.

“Anis tak tahu siapa yang buat benda itu, bila media tulis, Anis rasa sedih baca kerana tidak sahih,” ujar Ruhainies.

Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi ini bagi mendengar sebutan bersabit kes tangkapan khalwat mereka dan tiba sekitar jam 9:05 pagi Bersama peguam masing-masing.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini