Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Keputusan Altimet Untuk Bersara Muktamad

keputusan altimet untuk bersara muktamad

Sumber: Harian Metro 

Advertisement

Di Malaysia, mungkin tak ramai yang masih kuat untuk memperjuangkan muzik hip hop. Tetapi Altimet adalah salah seorang yang sentiasa memberikan buah tangan yang terbaik buat peminat. Namun, empunya diri mengambil keputusan untuk bersara sempan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada 27 November 2018. 

Menurut Altimet, dia sudah mengambil keputusan untuk bersara sejak 10 tahun yang lalu. 

“Saya sudah lama rancang untuk bersara iaitu sejak 10 tahun lalu tetapi keadaan tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Sempena kedatangan ulang tahun yang ke-40 tahun depan, saya berasakan ia saat terbaik untuk saya mengundurkan diri daripada lapangan muzik dan memberi fokus kepada perniagaan lain pula.

“Saya bersyukur sepanjang perjuangan saya dalam bidang seni, hampir semua yang saya impi dan sasarkan sudah tercapai. Jadi tiba masanya untuk saya memberi fokus pada bisnes. Seperti sekarang ini, saya menguruskan kedai gunting rambut Joe Flizzow dan akan ada beberapa lagi cawangan selepas ini,” katanya kepada Harian Metro 

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, akan menyiapkan dua album yang akan menjadi album terakhirnya sebelum bersara tahun hadapan. 

“Sebelum berundur, saya akan merakamkan dua album, satu akan keluar pada tahun ini dan satu lagi pada tahun hadapan. Selepas itu, tiada lagi album daripada Altimet dan ini sudah dirancang sejak sekian lama.

“Sedikit informasi mengenai single pertama yang dipetik daripada album ini, saya bakal muncul dengan single baru menyaksikan kolaborasi dengan penyanyi rap baru yang akan didedahkan identitinya kelak.

“Apa yang boleh saya perkatakan mengenai penyanyi ini, biarpun masih baru dan belum dikenali, namun dia memiliki kualiti vokal yang baik,” katanya.

keputusan altimet untuk bersara muktamad


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

keputusan altimet untuk bersara muktamad

ERA Muzik Hit Terkini