
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau yang lebih mesra dikenali sebagai Altimet, merayu kerajaan agar bertindak lebih tegas dalam membanteras cetak rompak digital.
Advertisement
Dalam surat rayuan kepada Kerajaan Malaysia, Altimet berkata bahawa kini, cetak rompak digital telah menjadi satu epidemik yang mengancam kelestarian industri hiburan tanah air.
Filem Sheriff: Narko Integriti, merupakan contoh dekat yang kebanyakan babak dalam file mini telah ditonton secara tidak sah.
“Saya difahamkan bahawa meskipun Astro telah berusaha keras untuk membanteras jenayah ini dengan menutup 30 kumpulan Telegram yang mempunyai lebih 200,000 pelanggan, pencurian ini masih berterusan.
"Sudah tiba masanya untuk Malaysia mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap cetak rompak digital dan melaksanakan langkah-langkah yang ketat serta memastikan penguatkuasaan yang lebih kukuh”, ujar beliau.
Sehubungan itu, Altimet menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan langkah-langkah seperti yang dijalankan negara jiran dalam penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
Sumber: Astro Awani