Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aman RA Mohon Ruang, Ini Adalah Masalah Besar Yang Membabitkan Isu Peribadi

aman ra mohon ruang, ini adalah masalah besar yang membabitkan isu peribadi

Kecoh di media sosial akan kisah penyanyi rap Aman Ra. Baru-baru ini isterinya dikatakan telah mendedahkan penyanyi lagu Bangun itu telah mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Advertisement

Bagaimanapun, sehingga kini Aman Ra terus mendiamkan diri. Namun, wakil Aman Ra, Joe Saiful telah tampil dan memberi komen mengenai isu ini.

“Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin.

“Dia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi,” katanya.

Walauapapun, sama-sama lah kita mendoakan yang terbaik buat Aman Ra dan juga rumah tangganya.

Sumber: Rotikaya

ERA Muzik Hit Terkini