Skip to main content

Advertisement

Hiburan

"Tak Salah Kan?" - Amar Baharin dan Amyra Rosli Nak Buka Akaun Media Sosial Anak

tak salah kan? - amar baharin dan amyra rosli nak buka akaun media sosial anak

Sumber: Harian Metro 

Advertisement

Kalau pasangan suami isteri merupakan selebriti terkenal dan sentiasa menjadi perhatian orang, sama juga anak-anak mereka. Memang satu trend ibu bapa membuka akaun media sosial buat anak-anak mereka terutamanya Instagram. 

Pelakon Amar Baharin, 32, juga tak mahu ketinggalan. Dia ingin membuka akaun media sosial untuk cahaya mata pertamanya yang bakal lahir penghujung Oktober ini. 

"Saya dan isteri sepakat untuk buka akaun media sosial untuk anak kami nanti. Terpulanglah orang suka atau tidak tetapi bagi kami ia penting kerana boleh dijadikan kenangan.

"Lagipun ini trend sekarang, jadi kenapa saya tak boleh buat? Rata-rata semua orang ada akaun media sosial dan koleksi gambar mahupun video yang dikongsi itu boleh jadi kenangan 20 tahun akan datang.

"Tak salah kan?" katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, hingga hari ini mereka berdua masih belum mengetahui jantina anak pertama mereka. 

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

tak salah kan? - amar baharin dan amyra rosli nak buka akaun media sosial anak

ERA Muzik Hit Terkini