Foto: Instagram
Nama Ameera Khan kembali menjadi bualan selepas netizen menyedari semua foto bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol, telah dipadam dari akaun Instagram miliknya.
Advertisement
Bukan itu sahaja, kedua-duanya juga dilihat sudah saling berhenti mengikuti antara satu sama lain di platform tersebut.
Tindakan itu pantas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat yang mula berspekulasi bahawa hubungan mereka mungkin sudah berakhir.
Sebelum ini, Ameera dan Jefri sering berkongsi momen mesra bersama termasuk menghadiri acara fesyen dan bercuti di luar negara.
Walaupun ramai menyifatkan tindakan mereka sebagai petanda perpisahan, setakat ini kedua-duanya masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi sebenar.
Ada juga netizen berpendapat mereka mungkin hanya memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi di media sosial buat sementara waktu.
Sumber: Instagram