Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Amelia Henderson Cari Lelaki Yang Pandai Masak.

Aktres cantik, Amelia Henderson mengaku tidak minat untuk memasak.

Menerusi laporan dari Astro Gempak, pelakon yang mempunyai darah kacukan India-Scotland itu berkata demikian kerana beliau sibuk dengan kerjaya seninya dan tiada masa untuk masak di rumah. Tambah Amelia, beliau mengaku tidak reti memasak langsung.

Advertisement

Amelia-Henderson-300x450.jpeg

“Saya lebih suka makan dari memasak dan duduk di dapur. Lagipun gaya hidup saya sebagai pelakon yang sangat sibuk ini membuatkan saya balik ke rumah hanya untuk berehat dari memasak,” katanya

Bila ditanya bagaimana jika sudah berkahwin nanti, Amelia menjawab “mungkin saya kena cari calon suami yang pandai masak kerana dia pun kena tolong bukan tanggungjawab isteri seorang.”

ERA Muzik Hit Terkini