Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Amira Othman Sakit? Fattah Amin Minta Doa Orang Ramai Buat Isteri Syurganya

amira othman sakit? fattah amin minta doa orang ramai buat isteri syurganyaFoto: Instagram

Pelakon, Fattah Amin menarik perhatian warganet apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan katil hospital menerusi Instagram Story, disertai pesanan ringkas meminta orang ramai mendoakan kesihatan isterinya, Amira Othman.

Advertisement

“Doakan isteri syurga saya, Amira Othman,” tulis Fattah dalam satu hantaran.

Menurut pengurus Fattah, Amira kini ditempatkan di wad untuk pemantauan selepas mengalami demam. Bagaimanapun, keadaan lanjut mengenai tahap kesihatannya tidak dijelaskan kepada media.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan pada 14 September lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah resort di Sepang. Sejak berkahwin, Fattah beberapa kali berkongsi rasa syukur dan penghargaan terhadap keperibadian isterinya yang digambarkan sebagai seorang yang lembut, beradab serta sentiasa mengutamakan suami.

Dalam satu temu bual terdahulu, Fattah pernah berkata bahawa Amira sering meminta pendapat dan izin suami sebelum melakukan sesuatu, membuatkan dirinya berasa dihargai dan disayangi sepenuhnya.

Sifat itu juga yang membawa Fattah menyebut Amira sebagai ‘isteri syurga’ dalam kehidupan sehariannya.

Hantaran terbarunya mengundang kebimbangan peminat yang turut membanjiri ruang komen dengan doa agar Amira segera pulih dan kembali sihat seperti biasa.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini