Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Amyra Rosli Selamat Jalani Pembedahan Apendiks, Luah Syukur dan Hargai Pengorbanan Amar Baharin

amyra rosli selamat jalani pembedahan apendiks, luah syukur dan hargai pengorbanan amar baharinFoto: Instagram

Pelakon, Amyra Rosli memaklumkan dirinya kini sedang melalui fasa pemulihan selepas selamat menjalani pembedahan apendiks baru-baru ini.

Advertisement

Perkembangan itu dikongsikan Amyra sendiri atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli menerusi satu hantaran di Instagram, selain meluahkan rasa syukur atas doa serta sokongan yang diterimanya daripada orang ramai.

Menurut Amyra, prosedur pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan keadaannya kini semakin stabil.

“Terima kasih kepada semua atas ucapan, doa dan mesej, termasuk yang datang melawat. Alhamdulillah, pembedahan apendiks berjalan dengan baik dan sekarang saya sedang dalam proses pemulihan,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Amyra turut menzahirkan penghargaan istimewa buat suaminya, Amar Baharin yang setia berada di sisi sejak awal dirinua menahan kesakitan sehingga selesai menjalani pembedahan.

“Kepada suami tercinta, terima kasih kerana sentiasa bersama saya dari awal sampai sekarang. Awak lihat sendiri betapa sakitnya saya sebelum pembedahan. Terima kasih kerana sentiasa ada,” luahnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

 

Tidak ketinggalan, pelakon drama Nur itu turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa serta adik-beradiknya yang banyak membantu menguruskan anak-anak sepanjang beliau mendapatkan rawatan di hospital.

“Kepada mama, ayah dan adik-beradik, terima kasih kerana menjaga anak-anak dan membantu menguruskan banyak perkara ketika saya di hospital dan selepas itu,” katanya.

Amyra mengakhiri perkongsian dengan mendoakan agar segala kebaikan dan pengorbanan insan-insan tersayang itu dibalas oleh Allah SWT.

Untuk rekod, Amyra Rosli dan Amar Baharin sering menjadi perhatian peminat kerana hubungan keluarga mereka yang harmoni serta saling menyokong antara satu sama lain.

Mula mengikat ikatan perkahwinan pada tahun 2016, pasangan dua sejoli ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi pada tahun 2017, dan Ayra Aryssa pada 2020.

Sekadar info, Amyra pernah mengalami keguguran anak ketiganya pada Disember 2024.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini