Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan pelakon Sharifah Sakinah mendukung seekor anak anjing sambil menari di laman media sosial. Ramai yang memberikan komen negatif dan pandangan mereka terhadap tindakan Sakinah tersebut.
Namun, dia memberi respon terhadap isu itu dan menjelaskan bahawa bahawa dia masih menjaga batas dan tidak mencium anak anjing tersebut.
Advertisement

“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya.”
Sakinah juga memohon maaf atas perbuatan tersebut dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
"Di sini, saya ingin memohon maaf atas tindakan yang saya telah lakukan. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati” katanya.
Semoga perkara ini akan menjadi pengajaran buat kita semua.