Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anak Bising Dikedai Buat Pengunjung Pandang Sinis. Ibu Minta Pengunjung Makan Dirumah.

Pagi tadi tular satu video di laman media sosial apabila seorang wanita memuat naik video kerana  tidak berpuas hati apabila anak-anaknya ditenung oleh pengunjung yang sedang menjamu selera di kedai makan kerana membuat bising.

Menerusi perkongsian di twitter, wanita terbabit mengatakan yang sudah menjadi kebiasaan anak-anak apabila sudah habis makan dan tiada aktiviti lain dengan bermain dan membuat bising.

Advertisement

Apa yang membuatkan wanita itu bengang adalah pengunjung yang menenung mereka ketika anaknya mula menangis dengan kuat.

Tambah wanita itu, jika tidak suka dengan suasana bising terutamanya kerenah anak kecil, lebih elok membungkus makanan dan makan di rumah sahaja.

Namun ramai netizen memberikan kecaman dan bantahan dengan kenyataan wanita tersebut 

ERA Muzik Hit Terkini